Pages

Monday, October 18, 2010

SMS Paling Aku Benci! Minta Pendapat Korang :)

Hello! :)

Mat Rempit

Hari ni aku x sekolah..bangun² pagi rasa berat je kepala..cakap kat mak x pergi sekolah..pening kepala..mak bagi lah sebab penat lagi..semalam baru balik dari KL..sebelum aku nak ceritakan tentang SMS yang aku benci gile tu, aku nak update sikit tentang aku kat KL semalam..aku pergi KL dengan keluarga nak melawat anak kakak sulong aku..anak buah la..masuk hospital..


Yang sakit yang kecik tu, Adibah..yang besar tu Zubaidah, kakak die..semoga Adibah sembuh dengan cepat :)

Tentang SMS yang aku nak cerita..semalam ada orang yang aku x kenal nombor sape hantar aku SMS yang aku benci..lepas tu berderet aku dapat SMS dari kawan² aku..aku taip balik ikut yang original..

Wednesday, October 13, 2010

Ada Apa Dengan 10.10.2010?

Assalamualaikum :)

Ahad lepas, 10.10.2010 atau pun 10 Oktober 2010, ramai orang sibuk tentang tarikh yang cantik..ada juga yang cadangkan tarikh 20.10.2010 sebagai satu lagi tarikh cantik @ smart..kalau macam tu setiap tahun mesti ada tarikh macam tu & mesti ada orang yang mengambil kesempatan dengan tarikh tersebut..contohnya nak kahwin..tarikh 10.10.10 pukul 10:10:10..semua 10..sakit mata tengok nombor 10..hak3

Contohnya perkahwinan angkasawan Malaysia yang pertama iaitu Sheikh Muszaphar Shukor & Dr. Halina. Memang besar-besaran lah majlis diorang tu..mewah yang amat..tapi kita x boleh buat mewah2 sangat..agama dah mengajar kita supaya bersederhana, berjimat cermat, & tidak berbangga-bangga. Aku bukan nak menentang majlis perkahwinan besar-besaran. Terpulang kepada mereka yang #TakTahan lah nak buat majlis yang macam mana :P

Kredit gambar: azuanrazi

Ada juga company yang nak juga ambil kesempatan..contohnya Ubuntu..diorang dah release Ubuntu 10.10..hari Ahad tu aku tunggu lah diorang release..banyak kali aku buka website diorang..tengok2 malam waktu Malaysia baru diorang release..nak download x boleh sebab abang aku tengah guna..menyampah! Esoknya balik sekolah terus aku download..hu3..time tu plak nak download x boleh..error apa benda entah..banyak kali aku klik download last2 mau jugak..

Desktop Ubuntu 10.10 boot dari pendrive

Google Chrome pada Ubuntu 10.10

Tuesday, October 5, 2010

Result TRIAL SPM

Assalamualaikum :)

TRIAL SPM dah lepas..kini tinggal sebulan lebih untuk SPM..semakin nak SPM ni aku x tahu lah kenapa semakin agak malas..aku dah semangat tapi malas jugak..banyak kerja x jadi..cikgu plak bagi tekanan kuat sangat..ada yang pening kepala, sakit kepala, rasa nak muntah² pon ada..macam² masalah..kat sini nak kongsi result TRIAL SPM aku..

Bahasa Melayu - 74% B+
Bahasa Inggeris - 64% C+
Pendidikan Islam - 76% A-
Sejarah - 55% C
Mathematics - 82% A
Additional Mathematics - 50% C
Lukisan Kejuruteraan - 74% B+
Physics - 41% D
Chemistry - 32% E
Tasawwur Islam - 80% A

Aku masih masalah dengan Physics, Chemistry dengan Sejarah..Add Math alhamdulillah dah meningkat naik ke C kalau tidak asyik gagal je..markah berbelas² je..hu3

Musim lepas TRIAL SPM ni memang banyak set soalan dari negeri lain..memang banyak..x larat nak buat..x sempat pon..setakat ni dulu..hanya nak kongsi result je..bukan nak berbangga²..sebab ada akak² & abang² kesayangan aku kat Twitter tu mungkin nak tengok result aku ni..kan?he3

Jadual SPM dah lama keluar..sape² yang nak download, boleh download kat link kat bawah ni..aku ambil pon dari website kementerian..boleh buat panduan..

[Mediafire]

Thanks for reading
Assalamualaikum :)