Pages

Tuesday, December 21, 2010

Zaman Persekolahan Kami Dah Tamat Ke?

Hello :)


Semalam (20.12.2010) dah habis berjuang peperiksaan SPM dengan kertas terakhir iaitu kertas Engineering Drawing atau lebih dikenali dengan nama Lukisan Kejuruteraan..

Hari ni ada jamuan kelas.. Dari lepas Zuhur sampai hampir Maghrib baru sampai rumah.. Lepas Zuhur tu panggang ayam dulu.. Pukul 5 baru start makan.. Semua lapar dah..

Ayam :D
Ayam lagi :D

Aku sponsor kek coklat.. Sedap..hehehe

Kek Coklat :D

Friday, December 10, 2010

[Tutorial] Enable Comment Box Pada Blogger Pages

Hello :D

Petang ni aku x tidur.. Sebelum pergi solat Jumaat, mak aku cakap kat aku "Hadoi.. Macam buntal budak ni" hahaha.. Habis solat Jumaat, rasa semacam je.. Rupanya perut masuk angin T_T Dah minum Eno.. Lega sikit..

Korang tahu ke apa yang aku maksudkan 'Pages' tu? Yang ni.. Yang dalam kotak merah;


Dari dulu lagi aku fikir kenapa lah tak ada comment box kat pages..


Beberapa hari lepas aku hantar suggestion kepada pihak Google.. Alhamdulillah ada yang balas.. Tapi bukan dia terima suggestion tu.. Dia bagitahu macam mana nak enable-kan comment box tu..hu3 malu siot

Besarkan lebih jelas :)

Kat sini, aku nak kongsi pengalaman ni dengan korang.. Tak payah susah² nak install Disqus comment ke atau benda apa lagi entah aku lupa.. Aku rasa mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum sebab ada sesetengah blog aku tengok pages diorang tak ada comment box.. Diorang guna cara lain.. Mungkin diorang tak nak guna comment box Blogger kot..hu3

Sunday, December 5, 2010

[Download] Screensaver & Kebaikan Screensaver Kepada Monitor

Hello :D

Lama dah tak update blog.. Sibuk dengan SPM di samping tiada idea untuk entri baru.. Tinggal lagi dua matapelajaran je; Kimia dan Lukisan Kejuruteraan.. Esok kertas Kimia dari pagi sampai petang.. Masa baca buku tertido.. Bangun² pening kepala T_T Harap² boleh jawab Kimia esok..

Windows 7 Bubble Screensaver
Kebanyakan orang tak suka menggunakan screensaver mungkin sebab serabut, tak cantik, tak minat, dan macam² lagi.. Setiap orang pendapatnya lain.. Dulu aku pon tak minat guna screensaver ni.. Setiap 10 atau 15 minit, screensaver keluar.. Masa guna Windows XP dulu screensaver yang ada tak lah cantik sangat.. Windows 7 ada screensaver yang buih keluar dari Start Menu.. Cantik jugak..

Sebenarnya, screensaver ada kelebihannya.. Cuba lah Google.. Aku dah cuba dan banyak sangat.. Abang aku, Anarm pon ada cakap pasal screensaver.. Dia cakap:

"Guna screensaver.. Elok untuk monitor" =.='

Kebaikan screensaver ialah screensaver membantu 'kebakaran' pada monitor setelah digunakan.. Kalau guna screensaver yang gelap lebih bagus.. Aku ni x reti sangat nak cerita pasal kebaikan screensaver kepada monitor ni.. Nak cakap karang takut salah buat malu je plak..