Pages

Monday, February 28, 2011

Kerja? Result SPM? Apa Berlaku Pada Bulan Februari?

Hello! :)

Sedapnye! (Kredit: Google)

Hari ni penghujung bulan Februari 2011.. Genap sebulan aku kerja kat tempat buat keropok lekor.. Bulan Januari aku kerja 7 hari je.. Tapi hari ni aku tak kerja sebab pagi tadi aku pergi tempat kerja, mat Myanmar sorang tu nama Ali cakap ikan tak ada.. Sepanjang bekerja, banyak yang aku belajar.. Aku kerja pon hanya menolong.. Tak mengharap gaji yang tinggi2.. Tapi cukup untuk aku hidup sebulan pon alhamdulillah..

Kadang2 aku bawak balik la sikit yang reject (tak cukup panjang) makan kat rumah.. Boss pon dah bagi kalau nak, ambik je.. Kalau banyak2, aku beli.. Tak kan nak ambik jugak.. Haha!


Ni antara yang aku goreng kat rumah.. Aku tak reti sangat goreng.. Tak garing sangat.. Susah plak nak hangit keropok ni.. Haha!

Dengarnya result SPM 2010 keluar hari ni (Isnin 28 Feb 2011) tapi pagi tadi aku lalu sekolah tengok lengang je.. Hajat memang nak masuk tanya cikgu tapi malas.. Sebab malam tadi pon kat berita tak cakap apa2 pasal result SPM.. Tunggu je la dari berita kan..

Pagi tadi isi minyak, tersentak plak hati nak beli surat khabar.. Beli Kosmo! je murah.. Belek2 muka belakang, automatik keluar dari mulut aku "OMAIGOD!"


Tapi aku tak kisah.. Liverpool tetap di hati.. Haha!

Sunday, February 13, 2011

Macam Mana Nak Guna Twitter Ni?!

Hello :D

Kali ni nak kongsi cara guna Twitter :)

Twitter ni dulu adalah tempat untuk berkongsi maklumat.. Tapi sekarang dah jadi tempat untuk sebar maklumat dengan tempat untuk membebel tak berhenti-henti.. Haha!

Sebelum tu jom tengok video NewTwitter yang dihasilkan oleh Twitter :)
Kepada yang belum tengok, sila tengok sampai habis.. Baru korang faham..



Amacam? Dah faham sikit kan?

Profile

Home Page

Kepada yang nak tahu cara guna Twitter, boleh tengok & baca kat sini - 'Link'

Kat Profile, kita hanya nampak tweet hanya dari tuan punya profile..

Home Page adalah tempat dimana kita akan lihat timeline kita & orang yang kita follow atau following..
Maksud sebenar Timeline - 'Link'

Cara nak tweet..


Taip kat 'What's Happening?'.. Google Translate kan bermaksud 'Apa Yang Terjadi?'.. Apa yang jadi kat korang, boleh taip ye.. Ikut suka korang lah.. Huhu..
Pastu klik 'Tweet'
Jumlah patah perkataan tak boleh lebih dari 140.. Kalau jadi -negative tak boleh tweet..

Saturday, February 12, 2011

Lagu The Strokes Hok Baru Tubik Doh!

Hello! :D

Logo Youtube Suku?

Malam tadi tengah layan video kat Youtube lepas install Ubuntu 10.10 USB Live guna Universal USB Installer, mula2 kan.. Ce cite ce cite (Hantu Kak Limah Balik Rumah), layan la lagu OAG.. Lepas tu teringat band sepanjang zaman bergenre Indie Rock, Post - Punk yang aku & ramai lagi yang minat teramat sangat.. Muzik diorang tak pernah mengecewakan peminat diorang di muka bumi ni.. Kalau bukan siapa lagi kalau The Strokes yang tersohor dengan lagu2 diorang.. Boleh dikatakan semua lagu diorang sedap di dengar.. Aku search The Strokes kat Youtube, tengok2 dah ada lagu baru.. Haha!


Semua2 handsome! Haha! :D

Pada 18 Januari 2011 yang lepas, diorang dah announced album terbaru diorang yang dah dirancang dari tahun 2009.. Pada awal 2010, diorang cakap dah nak keluarkan album terbaru diorang & buatkan aku tertunggu2 & aku tunggu sampai 2011.. Haha! Album ke-4 diorang (tak termasuk EP) akhirnya diberi nama Angles..

Sunday, February 6, 2011

Jom Sign Up Twitter!

Hello :D

Entri lepas dah cerita sikit tentang 'Ape Itu Twitter'.. Kali ni nak ajak korang Sign Up Twitter pulak kepada yang berminat.. Nak pesan dulu kat sini.. Kalau tak nampak jelas ape yang ada dalam gambar tu, sila klik pada gambar.. Ataupun right click > open in new tab.. Ini kerana saya tidak begitu pandai dalam meng-edit gambar.. Hu3.. Aku gunakan contoh seorang untuk buat account Twitter ni yang bernama gyaha3..

Mula2 Sign Up..


Isi borang dulu.. Biasa lah nak daftar apa2 memang ada borang kan..
Ketika pilih username anda, sila bersabar ye sebab mungkin username yang anda mahu mungkin dah ada orang guna.. Aku dulu pon nak guna nama Khairi.. Ramai sangat Khairi dalam dunia ni.. Fikir punya fikir punya fikir, terciptalah ChuyRys.. Bukan Churp Churp ataupun Chury2 Chupke2 ye.. Hu3..


Tips username: Sila kraetiv memilih ID Twitter anda.. Jangan terlalu panjang sehingga susah nak ingat & mudahkan orang lain nak mention nama korang.. Orang lain tak ingat, takut2 tuan/puan Twitter sendiri yang lupa ID.. 
Terms of Service tu kalau korang rajin, bacalah.. Kalau malas, agree je.. Hu3..

Adakah anda manusia? Kalau manusia isi la.. Hu3..


 Kalau masuk blog Akak Lizarazak mana ada soalan macam ni.. Dia bagi soalan Math.. Ha3..