Pages

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

Dokumentari The Arrival

Assalamualaikum & Salam Sejahtera :)

Akhirnya kepala otak aku dah free..dah x banyak nak fikir sebab ade homework yang dah siap...tapi masih ade yang belum siap..nak SPM ni banyak homework..nak study pon macam x cukup masa..time ade masa malas la plak..haish! Banyak benda yang aku dah lupa..kelas Chemistry pon aku dah lupa yang lama² tu..cikgu plak cakap satu benda tu..pastu ade pulak benda lain..laju plak tu..pastu masuk pulak benda lain..berpusing²..last² satu pon x masuk dalam kepala aku..hahaha T__T

Hari pertama bukak sekolah lepas cuti, aku digemparkan dengan sebuah dokumentari yang direkemenkan oleh sahabat aku..


Dia cerita tentang dokumentari The Arrival tentang kajian Dajjal, Imam Mahdi & Nabi Isa..aku dengar cerita dia terus aku nak tengok..balik sekolah aku terus cari video tu kat YouTube..x sabar punya pasal..hahaha

Pengalaman aku masa tengok dokumentari tu..memang syok..sape x tengok memang rugi..pastu pasing² lah kat orang lain..dokumentari ni memang sedarkan minda & hati kita dengan apa yang terjadi & yang akan berlaku x lama lagi..aku letak kat sini



Ni part 00 (Intro)..semua sekali ade 52 part..part yang lain korang cari kat YouTube ye..huhu..aku ambil masa dalam 4 hari nak habiskan dokumentari ni..hasilnya amat berbaloi..aku rase video² ni dah sedarkan minda dengan hati aku..kepada semua manusia kat dunia ini, aku suggest korang tgk..x kira Melayu, Cina, India, Orang Putih, Orang Bumiputera..korang tengok dulu sampai habis..jangan nak tuduh macam² sebelum korang habis tengok cerita ni..setiap part video ade kebenaran yang ade sesetengah tu aku x faham sebab terlalu payah nak di faham..aku susah nak faham sesuatu benda tu..belajar pon..aku susah nak ingat..faham pastu lupa..terus x ingat apa²..sape² boleh tengok dan insyaallah hati & minda korang pasti akak terbuka..tengok part Intro pon dah buat kita sedar tentang dunia ni..


Friday, March 19, 2010

Sedikit Ayat Mungkin Menginsafkan Korang Walaupun Kejap

Assalamualaikum...


Hye..bertemu lagi kite dalam rancangan Pondok-Pondok..huhu..main² je..dah xde idea nak update blog..padahal ade tp bnyk sgt sampai xleh nak pilih mane satu..wahaha

Ayat² ni aku copy dari Friendster aku..dah lame x bukak Friendster..kalau aku bukak pon bukan ade org pon..kesian Friendster..huhu..dulu ye la ramai org gune Friendster ngn Myspace..skrang nie dah ade Facebook yg dah kalahkan Friendster..bankrup site tu..huhu..jauh plak mengarut..hehe

Pasal ayat td, ade kawan aku bg..daripada terbiar dlm tu kesunyian, aku ambik la letak sini..leh jgk korang bace..dapat pahala InsyaALLAH..aku dapat tiga mesej dalam inbox aku..bende ni dah lame aku simpan..jd aku share kat korang ye..


MESEJ PERTAMA


Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

  1. Bismillahhirrahmannirrahim : Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  2. Alhamdulilah : Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
  3. Astagfirrullah : Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
  4. Insyaallah : Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
  5. Lahaulawalaquataillahbillah : Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
  6. Innalillah : Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
  7. Laailaahaillallah : Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.


MESEJ KEDUA

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebesar lautan;

  1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselit perkataan yang tidak patut.
  4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.
  5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
  6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
  7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya. dari tafsir hanafi ; mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.
p/s ; mesej kedua nie agak same dengan mesej pertama..tp ade yg berbeza..sikit je..huhu

MESEJ KETIGA

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis ;

  1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
  4. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap² sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi² serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  5. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  6. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  7. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Wassalam,"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu,Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk AkhiratMu" Subhanallah...
Korang leh la amalkan perkara ni..bende ni aku tau mmg elok kalau kita amalkan tp die punye penjelasan aku x berapa pasti sgt sbb skrang ni org mcm² leh tipu..fikirlah bende baik..dunia dah nak kiamat..aku pon x berhenti lagi buat dosa kecil dan besar..setiap hari kita mesti buat dosa..

YA ALLAH..kami memohon ampun dariMu..ampunkanlah dosa² yg telah kami lakukan..jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu yg penuh seksa itu..dekatkanlah kami dengan SyurgaMU yg penuh nikmat itu..berikanlah kami hamba² Mu yg lemah ini masa untuk bertaubat kepadaMu..ampunkan dosa kami..sesungguhnya kami hamba yg lemah yg selalu melalukan dosa terhadap Mu..Amin..........

Aku pemilik blog ini memohon maaf sekiranya ade tersalah silap ngn korang..Tuhan x suke org berdendam ^__^

Sekian,
Assalamualaikum ^___^