Pages

Sunday, September 26, 2010

Malware Paling Bahaya; StuxNet

Assalamualaikum :)

Pagi tadi sebelum aku pergi rumah kawan aku format komputer dia, aku isi minyak..time makwe tu tengah isi minyak kat moto EX5 aku, aku tengok paper Kosmo! Muka depan dia bertajuk 'Cecacing Siber Paling Bahaya' lebih kurang macam tu la kot..aku lupa dah..aku baca sikit2..wartawan tu tulis virus itu bernama Stuxnet dan mampu memutuskan tenaga elektrik! Terkejut berukband aku sebab malam tadi memang kawasan rumah aku blackout sebab petir..xde kaitan dengan Stuxnet..kalau Stuxnet dah sampai Malaysia, ntahlah..aku pon x baca habis..x beli paper tu..rugi plak x beli..aku ni orang x jarang beli paper..huhu..baca online pon boleh..huhu :D

Jom baca dari website Kosmo!

Gambar dari webiste Kosmo!
TEHERAN - Selepas berjaya menyerang tujuh buah negara, Iran kelmarin menjadi mangsa terbaru apabila pakar-pakar komputer di republik Islam itu mengesan kemunculan cecacing siber paling berbahaya, Stuxnet.
Agensi berita rasmi ISNA melaporkan, sekumpulan pakar nuklear turut menyertai mesyuarat kecemasan semalam bagi menangani virus maya itu yang dipercayai boleh mengambil alih sistem kawalan tenaga elektrik kawasan industri.
Sehingga kini, cecacing itu yang dikesan di Jerman sejak Jun lalu telah menjangkiti lebih 45,000 sistem kawalan industri di India, Pakistan, Indonesia, Kanada dan Amerika Syarikat (AS) sebelum merebak ke Iran minggu lalu.

Berita selanjutnya tengoklah berita malam ni kalau ada berita pasal virus ni :)

Thanks for reading...
Assalamualaikum :)

Tuesday, September 21, 2010

First Time Beli Mouse

Assalamualaikum :)

Mouse lama aku
Dua tiga hari lepas mouse aku ni buat hal..hari pertama; kalau aku one-click, dia double-click..tapi x berterusan..kadang2 je..memang rasa geram..nak buat kerja pon x senang..

Hari kedua & ketiga; aku nak click pon x boleh..dia macam dah betul2 rosak..kejap elok kejap x..memang geram! Rasa nak beli baru tapi karang beli baru, mouse lama ni okay plak..

Aku buat keputusan nak pergi beli satu mouse yang baru..semalam aku keluar pergi cyber cafe (CC)..sembang2 dengan tokey CC tu, dia bagi aku mouse yang murah2 yang harga x mahal sangat..lepas tu dia tunjuk mouse gamer..besar gila..harga pon besar nombornya..aku cakap kat tokey tu yang aku budget bawah RM50..dia bagi aku mouse Microsoft Optical Mouse by Starck..memang teruja aku tengok..harga pon dia jual murah..RM30 je..aku pon apa lagi..beli la sebab mouse lain yang dia jual kurang berkualiti sangat..




Tuesday, September 7, 2010

Al-Kisah Seorang Isteri Yang Kuat Membebel

Assalamualaikum & Salam Sejahtera :)

Thanks Akak Ann bagi adik letak kat entri ni :)

Hari ini dah Ramadhan ke berapa entah..aku x peduli..hak3..yang ada dalam kepala aku ni raya x best..aku pun x tahu kenapa aku rasa macam tu..kalau adik beradik balik kampung tu okay lah..tapi ......entahla..aku pun x tahu :P hanya ikut je la kemana orang pergi..masa zaman budak kecik dulu best la sebab dapat duit raya..setiap tahun aku boleh dapat RM100..kah3..satu kampung mengembara :P

Okay! Aku nak story telling dengan korang ni..

Dalam sebuah rumah ada Suami & Isteri yang dah berkahwin..memang la dah berkahwin..hu3
Si Isteri ni jenis yang asyik membebel je..sepanjang hari membebel..sehari kalau x membebel x sah..semua yang Suami buat salah..semua salah, salah, salah..

Pada suatu hari, bekalan air terputus..Isteri ni suruh la Suami pergi perigi ambil air..Suami ni dengan malasnya & sakit telinga x tahan dengar bebelan Isteri, dia pun pergi lah ambil air..selang beberapa minit, Suami ni panggil Isteri sebab dalam perigi pun x ada air..Isteri ni pergi ke perigi tersebut..dia masukkan kepalanya ke dalam perigi ingin melihat samada ada air atau tidak..

*perigi tu berhantu..macam cerita The Ring..Isteri masa itu tidak sedar bahawa perigi itu perigi yang berhantu..

Tiba², Isteri ni rasa ada yang menolaknya..sambil menjerit, Isteri jatuh ke dalam perigi..Suami lah yang menolaknya..katanya dia sudah tidak tahan dengan bebelan Isteri..sakit telinga..Suami tutup perigi dengan papan yang besar dah terus pulang ke rumah..

Malam tu, Suami ni teringat kat Isteri..boring la sorang² kat rumah..selalu ada jugak orang yang bercakap..ni sunyi je..Suami bercadang ingin pergi ke perigi tersebut..

Sampai di perigi tersebut, Suami buka perigi tersebut..dia menghulur tali untuk tarik Isteri ke atas..bila tali tu macam ada seseorang yang pegang, Suami ni tarik la tali tu..tiba², yang memegang tali tu bermata merah, muka yang hodoh, rambut serabai..Suami terus bertanya;

Suami : Kamu siapa?
Awek mata merah : Aku hantu perigi ni..
Suami : Mana Isteri aku?
Awek mata merah : Ada kat bawah nun..
Suami : Kenapa kamu yang naik? Kenapa kamu yang pegang tali ni? Aku nak ambil Isteri aku balik..
Awek mata merah : Itu aku tahu..tapi aku pon dah x tahan dah dengan Isteri kau tu..sebab tu aku naik!

HAHAHA..moralnya; isteri janganlah kuat sangat membebel..bebel sikit² x pe lah..suami plak hargailah apa yang ada :)

Thanks for reading..
Assalamualaikum :)