Assalamualaikum :)
Pagi tadi sebelum aku pergi rumah kawan aku format komputer dia, aku isi minyak..time makwe tu tengah isi minyak kat moto EX5 aku, aku tengok paper Kosmo! Muka depan dia bertajuk 'Cecacing Siber Paling Bahaya' lebih kurang macam tu la kot..aku lupa dah..aku baca sikit2..wartawan tu tulis virus itu bernama Stuxnet dan mampu memutuskan tenaga elektrik! Terkejut berukband aku sebab malam tadi memang kawasan rumah aku blackout sebab petir..xde kaitan dengan Stuxnet..kalau Stuxnet dah sampai Malaysia, ntahlah..aku pon x baca habis..x beli paper tu..rugi plak x beli..aku ni orang x jarang beli paper..huhu..baca online pon boleh..huhu :D
Jom baca dari website Kosmo!
Gambar dari webiste Kosmo! |
TEHERAN - Selepas berjaya menyerang tujuh buah negara, Iran kelmarin menjadi mangsa terbaru apabila pakar-pakar komputer di republik Islam itu mengesan kemunculan cecacing siber paling berbahaya, Stuxnet.
Agensi berita rasmi ISNA melaporkan, sekumpulan pakar nuklear turut menyertai mesyuarat kecemasan semalam bagi menangani virus maya itu yang dipercayai boleh mengambil alih sistem kawalan tenaga elektrik kawasan industri.
Sehingga kini, cecacing itu yang dikesan di Jerman sejak Jun lalu telah menjangkiti lebih 45,000 sistem kawalan industri di India, Pakistan, Indonesia, Kanada dan Amerika Syarikat (AS) sebelum merebak ke Iran minggu lalu.
Berita selanjutnya tengoklah berita malam ni kalau ada berita pasal virus ni :)
Thanks for reading...
Assalamualaikum :)
bhye kot..
ReplyDelete[Anonymous]
ReplyDeleteYe la kot :P
wohh bahaye ni...jgn kena kat aku suda
ReplyDelete