Sedapnye! (Kredit: Google) |
Hari ni penghujung bulan Februari 2011.. Genap sebulan aku kerja kat tempat buat keropok lekor.. Bulan Januari aku kerja 7 hari je.. Tapi hari ni aku tak kerja sebab pagi tadi aku pergi tempat kerja, mat Myanmar sorang tu nama Ali cakap ikan tak ada.. Sepanjang bekerja, banyak yang aku belajar.. Aku kerja pon hanya menolong.. Tak mengharap gaji yang tinggi2.. Tapi cukup untuk aku hidup sebulan pon alhamdulillah..
Kadang2 aku bawak balik la sikit yang reject (tak cukup panjang) makan kat rumah.. Boss pon dah bagi kalau nak, ambik je.. Kalau banyak2, aku beli.. Tak kan nak ambik jugak.. Haha!
Ni antara yang aku goreng kat rumah.. Aku tak reti sangat goreng.. Tak garing sangat.. Susah plak nak hangit keropok ni.. Haha!
Dengarnya result SPM 2010 keluar hari ni (Isnin 28 Feb 2011) tapi pagi tadi aku lalu sekolah tengok lengang je.. Hajat memang nak masuk tanya cikgu tapi malas.. Sebab malam tadi pon kat berita tak cakap apa2 pasal result SPM.. Tunggu je la dari berita kan..
Pagi tadi isi minyak, tersentak plak hati nak beli surat khabar.. Beli Kosmo! je murah.. Belek2 muka belakang, automatik keluar dari mulut aku "OMAIGOD!"
Tapi aku tak kisah.. Liverpool tetap di hati.. Haha!