Pages

Monday, February 28, 2011

Kerja? Result SPM? Apa Berlaku Pada Bulan Februari?

Hello! :)

Sedapnye! (Kredit: Google)

Hari ni penghujung bulan Februari 2011.. Genap sebulan aku kerja kat tempat buat keropok lekor.. Bulan Januari aku kerja 7 hari je.. Tapi hari ni aku tak kerja sebab pagi tadi aku pergi tempat kerja, mat Myanmar sorang tu nama Ali cakap ikan tak ada.. Sepanjang bekerja, banyak yang aku belajar.. Aku kerja pon hanya menolong.. Tak mengharap gaji yang tinggi2.. Tapi cukup untuk aku hidup sebulan pon alhamdulillah..

Kadang2 aku bawak balik la sikit yang reject (tak cukup panjang) makan kat rumah.. Boss pon dah bagi kalau nak, ambik je.. Kalau banyak2, aku beli.. Tak kan nak ambik jugak.. Haha!


Ni antara yang aku goreng kat rumah.. Aku tak reti sangat goreng.. Tak garing sangat.. Susah plak nak hangit keropok ni.. Haha!

Dengarnya result SPM 2010 keluar hari ni (Isnin 28 Feb 2011) tapi pagi tadi aku lalu sekolah tengok lengang je.. Hajat memang nak masuk tanya cikgu tapi malas.. Sebab malam tadi pon kat berita tak cakap apa2 pasal result SPM.. Tunggu je la dari berita kan..

Pagi tadi isi minyak, tersentak plak hati nak beli surat khabar.. Beli Kosmo! je murah.. Belek2 muka belakang, automatik keluar dari mulut aku "OMAIGOD!"


Tapi aku tak kisah.. Liverpool tetap di hati.. Haha!

Setakat ni aku dapat tawaran dari IPTS iaitu swasta.. Bila dengar swasta mesti mahal kan.. Memang pon.. Huhu.. Bukan aku sorg je yang dapat.. Orang lain pon dapat..



SEGI College ada nursing.. Haha!

Bulan Februari ni memang kurang memuaskan.. Pertama2 aku tak puas hati sebab kena saman.. Haha! T_T
Perkara ni berlaku pada hari Rabu bila entah.. Mungkin hari tu ramai polis peronda keluar cari makan.. Aku baru  keluar dari tempat kerja ke jalan besar.. Tak pakai helmet.. Hari tu tang2 tu plak aku tak pakai helmet.. Nasib.. Mungkin sebab kawan aku 2 orang lagi pon tak pakai helmet.. Aku bawak tapi belum masa aku untuk pakai.. Selalunya aku hantar kawan aku sorang tu, nak pecut balik rumah baru sepenuhnya pakai helmet..

Ok start dari jalan besar.. Agak tenang bawak moto nak sejukkan kepala & badan yang panas kena haba keropok lekor.. Bawak moto dalam 40km/s.. Dalam 200m, ada kereta Perdana himpit moto aku.. Aku tak faham maksud dia.. Tak sampai seminit, ada kereta polis berbunyi! Sikit lagi nak masuk lorong ke rumah kawan aku.. Polis tu potong sekat jalan.. Relax je la.. Kena tahan.. Lari buat apa kan.. Tapi kene saman RM200.. Haha! Tiga2 orang kena.. Bayar kompaun RM100.. Hilang seratus.. T_T


Lepas tu ikut kawan aku yang lain pergi ambik handphone baru dia.. OMAIGOD!


Jelousy aku weh.. Hajat aku nak beli Sony Ericsson Elm belum kesampaian.. Haha! Harap dapat beli sebelum sambung belajar :)

Thanks for reading :)

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. komen yg aq bgi kt ats tue sila abaikan ye.aq terdelete.kih3
    sapa yg beli nfon baru tue?mok eh?
    aku pn dpt utar n segi college gak lar..

    ReplyDelete