Pages

Thursday, September 15, 2011

Disable Autorun Blocking On Avira Antivirus

Assalamualaikum...
 
 Hahaha. Sudah lama tak hapdate belog. Last update rasanya sebelum masuk UiTM Seri Iskandar.
Kali ni nak kongsi sikit ilmu.
 Aku dulu pakai MSE dah lama. Tapi sebulan lepas MSE mengecewakan aku. Aku dah upgrade, dah update, dah scan siap full scan lagi tapi dia merengek bagitahu yang aku tak pernah scan. Cara terakhir aku UNINSTALL je la. hahaha.


Lepas aku uninstall MSE, aku kembali kepada antara antivirus freeware yang bagus iaitu Avira Antivir. Tapi selama aku kat UiTM ni, aku pelik kenapa ramai cakap AVG elok. Malas nak berdebat kan. Hahaha. Kat UiTM ni ramai budak2 pakai Kaspersky. Sanggup beli mahal2. Aku cakap senang je. Download dekat website Kaspersky yang trial. Pastu cari la kat Google serial key dia tak pon mintak kat Piratz. Hahaha. Tapi tak perlu la. Pakai yang free pon dah ok. Pasal antivirus mana yang ok dengan tak ok tu, rajin2 la Google.



Satu je yang aku tak suka pasal Avira ni. Kalau cucuk pendrive yang ada autorun pon dia block padahal bukan virus pon. Leceh. Lepas tu icon punya cantik pendrive tu pon tak show. Kerja Avira la kuat sangat block. Hahaha.


 
Aku pon Google2 lah rupanya ada cara. Haaaa. Ni la benda aku nak kongsi ni.

1. Mula2 bukak Avira.
Pergi kat Extras > Configuration atau tekan je F8 kat keyboard korang.


 2. Bila Configuration window dah tubik, tick Expert Mode. Lepas tu pergi Guard > Scan > Action on detection. Lepas tu untick block autostart function. Apply. Ok. Dah siap.


 Lepas tu dengan bahagianya boleh main2 cucuk cucuk pendrive atau external hard drive anda. Hahaha.


 Tapi, pakai Ubuntu lah. Tak payah antivirus. Hahaha.

Ni nak cerita sikit pasal masalah aku. Aku dulu kan minat sangat nak jadi jururawat. Apply semua IPT jururawat first. Tak tahu la macam mana boleh minat tapi minat hahaha. Tapi keputusan UPU aku dapat Diploma Sains Komputer. Sekarang adalah study week. Ada 3 minggu exam, ada 6 subjek. Dua subjek setiap minggu.

Aku terima panggilan mak aku. Mak bagitahu dapat surat SPA untuk latihan separa perubatan latihan jururawat. Aku sekarang dah nak habis semester 1. Aku tak tahu nak pilih mana. Ada orang cakap pergi SPA sebab gerenti dapat kerja kerajaan, ada elaun bulan2. Tak payah PTPTN. Tanya lecturer pon dia suruh fikir betul2. Tapi aku dah buat keputusan. Aku pergi temuduga dulu. Nanti terima result final exam dengan result temuduga, aku banding mana satu nak terima.

Aku ada soalan nak tanya korang :
1. Betul ke AVG power? Errkkk.
2. Ada tips tak apa nak study sebelum interview SPA?
3. SPA jururawat dengan Diploma Sains Komputer, mana elok?hu3 T_T

Sekian terima kasih :)

2 comments:

  1. Weve mentioned how vital it is to understand both sides.
    Im no specialist, yet I really feel you just crafted the very best point. You naturally know very well what youre referring to, and I can in fact get behind that. Thank you for remaining so upfront and so trustworthy.


    TOP Google Ranking On Your Site

    ReplyDelete
  2. Wow, this was very fun to read. Have you ever considered submitting articles to magazines?
    Hi there, I found your blog via Google and your post looks terribly attention-grabbing for me.
    negative ion generator reviews consumer reports
    air purifier made in germany
    meat purifier

    ReplyDelete