Pages

Thursday, September 15, 2011

Disable Autorun Blocking On Avira Antivirus

Assalamualaikum...
 
 Hahaha. Sudah lama tak hapdate belog. Last update rasanya sebelum masuk UiTM Seri Iskandar.
Kali ni nak kongsi sikit ilmu.
 Aku dulu pakai MSE dah lama. Tapi sebulan lepas MSE mengecewakan aku. Aku dah upgrade, dah update, dah scan siap full scan lagi tapi dia merengek bagitahu yang aku tak pernah scan. Cara terakhir aku UNINSTALL je la. hahaha.


Lepas aku uninstall MSE, aku kembali kepada antara antivirus freeware yang bagus iaitu Avira Antivir. Tapi selama aku kat UiTM ni, aku pelik kenapa ramai cakap AVG elok. Malas nak berdebat kan. Hahaha. Kat UiTM ni ramai budak2 pakai Kaspersky. Sanggup beli mahal2. Aku cakap senang je. Download dekat website Kaspersky yang trial. Pastu cari la kat Google serial key dia tak pon mintak kat Piratz. Hahaha. Tapi tak perlu la. Pakai yang free pon dah ok. Pasal antivirus mana yang ok dengan tak ok tu, rajin2 la Google.


Thursday, April 21, 2011

Ubuntu 11.04 Will Be Released On 28th April!

Hello :D

Berita gembira kepada pengguna Ubuntu. Hari ni aku bukak website Ubuntu, dah nampak Ubuntu 11.04 akan dikeluarkan pada 28 April ini. Ada lagi 7 hari. Seminggu lagi.


Ubuntu sekarang dah keluarkan Beta 2. Kalau dah tak tahan download la. Kalau boleh sabar lagi 7 hari je. Haha!

Aku suka Ubuntu sebab kalau guna internet memang rasa ringan. Syok je pakai web Twitter. Kalau guna Windows, agak berat. Mungkin sebab grafik Ubuntu lebih ringan. Sebab tu aku suka guna Ubuntu. Aku pakai guna pendrive. Nak install wubi tak boleh sebab bukan komputer aku ni. Kalau aku ada lappy ke boleh la nanti. Haha!

Apa2 pon, jom tengok review Ubuntu 11.04 Beta 2 :)


Jangan lupa download Ubuntu 11.04! :D

Thanks for reading :)

Tuesday, March 29, 2011

Palemoon 4 Released & My Twitter Suspended

Hello :)


Palemoon Browser merupakan klon Mozilla Firefox tetapi lebih pantas dari Firefox. Aku dah lama guna browser ni. Pakai yang portable je. Senang di bawa ke mana2. Hu3. Selain Palemoon, aku guna pakai SRWare Iron iaitu klon Chromium ataupun Google Chrome. Google Chrome makan banyak space sebab ada built-in Flash Player. SRWare Iron tak ada & kecik je file dia. Ni pon aku pakai portable. Hu3. Jom download Palemoon! Ha3!

Bila dah siap upgrade Palemoon ni, bukak la. Cantik. Laju dari Firefox.




Saturday, March 26, 2011

Earth Hour 2011?

Hello :)


Buat pertama kalinya aku mengambil berat tentang program tutup lampu selama satu jam ni. Tahun lepas rasa nak tak nak. Last2 memang tak buat. Alasannya nak buat homework la kan. Ha3! Tahun ni belum dah tak ada homework, boleh la kan join? Ha3! Rasanya kat Teluk Intan ada ke support Earth Hour ni?

Kalau rumah aku tak support benda ni, aku akan keluar jugak ke kawasan sekitar. Bandar Teluk Intan ke. Tahun ni kita tutup lampu, tutup Facebook, Twitter. Ha3! Semua tutup la. Pasang lilin je. Ha3! Aku cakap macam aku nak buat sangat je. Aku off bersocial selama sejam. Lampu tu belum pasti. Tengok keluarga la. Hu3.

Mari tengok sedikit sejarah Earth Hour.

Program ini banyak mendapat kritikan pada mulanya. Boleh baca di Wikipedia

Earth Hour 2009 San Mateo, CA

Majoriti gambar kat atas tak support kan?

During Earth Hour 2008 Sydney

Friday, March 25, 2011

Hari Yang Di Tunggu2; Ambil Result SPM!

Hello :D


Kepada Graphic Designer & yang terer2 pakai Photoshop ke, korang tak join contest Firefox 4? Klik pada gambar.

Hari ini malam 22 Mac 2011. Dimana Firefox 4 sudah muncul. Ada yang ragu2 sebab banyak addon yang belum compatible. Kat Facebook ramai yang tak senang duduk nak tunggu 23 Mac 2011 sebab nak pergi sekolah ambil keputusan SPM. Ada yang gementar. Ada yang relax. Bagi aku. Aku nak relax tapi masih gementar. Kat Twitter, ramai juga yang memberi semangat, macam2. Siapa yang tak gementar? Budak poyo je yang tak gementar. Ha3!

Pukul 10:00 pagi aku pergi sekolah.

Ketar2 lutut aku keluar rumah. Bawak je la moto kesayangan aku. Sampai2 aku dgn kawan aku je. Dua orang je. Ha3! Lepak2 tempat cikgu yang mulut pot pet pot pet best jugak. Ada sorang geng tu jugak tapi cuti bersalin. Dia cikgu Math aku yang paling best! Tak dapat nak raikan dengan dia.


Aku sorang je baju melayu. Ha3! Saya tak hensem.


4 orang terbaik. Laki tu 10A+/- dgn perempuan yang dikepit dua orang perempuan tu 10A+/- jugak. Yang dua orang lagi tu lupa la. Dalam 9A atau 8A atau 7A.

Saya segan nak cakap result saya. Hu3. Saya dapat 1A 4A- 1B 1C+ 3C :)
Terima kasih kepada yang mendoakan saya :)

Tahniah kepada yang berjaya & tahniah kepada yang kurang berjaya & jangan putus asa. Percaya kepada takdir. Semuanya adalah ketentuanNya. Masih jauh lagi perjalanan kita semua :)


In memory :)

Semoga Allah mudahkan urusan dunia & akhirat kita. Kamu semua ada di dalam doa ku.

Sekian :)

Saturday, March 19, 2011

Kesian Mak Cik Jatuh Basikal.

Hello :)

Sudah lama tak update blog untuk bulan ni.. Sibuk dengan kerja keropok lekor, main kompang, berebut pc dengan abang.. Kadang2 je boleh online lagi2 bertweet.. Tunggu aku dah dapat beli WiFi phone.. Tak payah susah2 lagi ON pc.. ON modem je.. Online guna phone :D

Saya nak beli phone ni!

Ada bantahan tak dari siapa2 kalau aku beli phone ni?

Okay.. Terus kepada tajuk.. Tengah hari tadi dalam perjalanan bawak moto balik rumah masa rehat kerja.. Nak sampai satu selekoh tu, nampak ada benda macam orang meniarap atas jalan raya. Bukan tengah jalan raya, tepi.. Dah dekat sikit, baru jelas nampak.. Maklumlah sebab aku ni rabun kan.. Hu3.. Benda yang aku cakap tu adalah seorang mak cik yang jatuh cari basikal!

Gambar hiasan

Monday, February 28, 2011

Kerja? Result SPM? Apa Berlaku Pada Bulan Februari?

Hello! :)

Sedapnye! (Kredit: Google)

Hari ni penghujung bulan Februari 2011.. Genap sebulan aku kerja kat tempat buat keropok lekor.. Bulan Januari aku kerja 7 hari je.. Tapi hari ni aku tak kerja sebab pagi tadi aku pergi tempat kerja, mat Myanmar sorang tu nama Ali cakap ikan tak ada.. Sepanjang bekerja, banyak yang aku belajar.. Aku kerja pon hanya menolong.. Tak mengharap gaji yang tinggi2.. Tapi cukup untuk aku hidup sebulan pon alhamdulillah..

Kadang2 aku bawak balik la sikit yang reject (tak cukup panjang) makan kat rumah.. Boss pon dah bagi kalau nak, ambik je.. Kalau banyak2, aku beli.. Tak kan nak ambik jugak.. Haha!


Ni antara yang aku goreng kat rumah.. Aku tak reti sangat goreng.. Tak garing sangat.. Susah plak nak hangit keropok ni.. Haha!

Dengarnya result SPM 2010 keluar hari ni (Isnin 28 Feb 2011) tapi pagi tadi aku lalu sekolah tengok lengang je.. Hajat memang nak masuk tanya cikgu tapi malas.. Sebab malam tadi pon kat berita tak cakap apa2 pasal result SPM.. Tunggu je la dari berita kan..

Pagi tadi isi minyak, tersentak plak hati nak beli surat khabar.. Beli Kosmo! je murah.. Belek2 muka belakang, automatik keluar dari mulut aku "OMAIGOD!"


Tapi aku tak kisah.. Liverpool tetap di hati.. Haha!

Sunday, February 13, 2011

Macam Mana Nak Guna Twitter Ni?!

Hello :D

Kali ni nak kongsi cara guna Twitter :)

Twitter ni dulu adalah tempat untuk berkongsi maklumat.. Tapi sekarang dah jadi tempat untuk sebar maklumat dengan tempat untuk membebel tak berhenti-henti.. Haha!

Sebelum tu jom tengok video NewTwitter yang dihasilkan oleh Twitter :)
Kepada yang belum tengok, sila tengok sampai habis.. Baru korang faham..



Amacam? Dah faham sikit kan?

Profile

Home Page

Kepada yang nak tahu cara guna Twitter, boleh tengok & baca kat sini - 'Link'

Kat Profile, kita hanya nampak tweet hanya dari tuan punya profile..

Home Page adalah tempat dimana kita akan lihat timeline kita & orang yang kita follow atau following..
Maksud sebenar Timeline - 'Link'

Cara nak tweet..


Taip kat 'What's Happening?'.. Google Translate kan bermaksud 'Apa Yang Terjadi?'.. Apa yang jadi kat korang, boleh taip ye.. Ikut suka korang lah.. Huhu..
Pastu klik 'Tweet'
Jumlah patah perkataan tak boleh lebih dari 140.. Kalau jadi -negative tak boleh tweet..

Saturday, February 12, 2011

Lagu The Strokes Hok Baru Tubik Doh!

Hello! :D

Logo Youtube Suku?

Malam tadi tengah layan video kat Youtube lepas install Ubuntu 10.10 USB Live guna Universal USB Installer, mula2 kan.. Ce cite ce cite (Hantu Kak Limah Balik Rumah), layan la lagu OAG.. Lepas tu teringat band sepanjang zaman bergenre Indie Rock, Post - Punk yang aku & ramai lagi yang minat teramat sangat.. Muzik diorang tak pernah mengecewakan peminat diorang di muka bumi ni.. Kalau bukan siapa lagi kalau The Strokes yang tersohor dengan lagu2 diorang.. Boleh dikatakan semua lagu diorang sedap di dengar.. Aku search The Strokes kat Youtube, tengok2 dah ada lagu baru.. Haha!


Semua2 handsome! Haha! :D

Pada 18 Januari 2011 yang lepas, diorang dah announced album terbaru diorang yang dah dirancang dari tahun 2009.. Pada awal 2010, diorang cakap dah nak keluarkan album terbaru diorang & buatkan aku tertunggu2 & aku tunggu sampai 2011.. Haha! Album ke-4 diorang (tak termasuk EP) akhirnya diberi nama Angles..

Sunday, February 6, 2011

Jom Sign Up Twitter!

Hello :D

Entri lepas dah cerita sikit tentang 'Ape Itu Twitter'.. Kali ni nak ajak korang Sign Up Twitter pulak kepada yang berminat.. Nak pesan dulu kat sini.. Kalau tak nampak jelas ape yang ada dalam gambar tu, sila klik pada gambar.. Ataupun right click > open in new tab.. Ini kerana saya tidak begitu pandai dalam meng-edit gambar.. Hu3.. Aku gunakan contoh seorang untuk buat account Twitter ni yang bernama gyaha3..

Mula2 Sign Up..


Isi borang dulu.. Biasa lah nak daftar apa2 memang ada borang kan..
Ketika pilih username anda, sila bersabar ye sebab mungkin username yang anda mahu mungkin dah ada orang guna.. Aku dulu pon nak guna nama Khairi.. Ramai sangat Khairi dalam dunia ni.. Fikir punya fikir punya fikir, terciptalah ChuyRys.. Bukan Churp Churp ataupun Chury2 Chupke2 ye.. Hu3..


Tips username: Sila kraetiv memilih ID Twitter anda.. Jangan terlalu panjang sehingga susah nak ingat & mudahkan orang lain nak mention nama korang.. Orang lain tak ingat, takut2 tuan/puan Twitter sendiri yang lupa ID.. 
Terms of Service tu kalau korang rajin, bacalah.. Kalau malas, agree je.. Hu3..

Adakah anda manusia? Kalau manusia isi la.. Hu3..


 Kalau masuk blog Akak Lizarazak mana ada soalan macam ni.. Dia bagi soalan Math.. Ha3..

Thursday, January 20, 2011

Twitter Tu Menatang Ape?

Hello :D


 Tweet! Tweet! Tweet!
Sebelum nak cerita panjang tentang Twitter, korang tahu tak menatang ape tu Twitter? Facebook? Jangan main2 dengan Facebook.. Budak2 kecik zaman sekarang pon dah tahu benda ape Facebook tu & lebih dahsyat sebab diorang dah pandai guna Facebook!

Aku bukannya pengguna Facebook yang tegar.. Cuma pengguna biasa.. Setiap kali aku bukak komputer, Facebook adalah benda yang kedua aku bukak selepas email.. Kedua? Macam penting kan? Aku cuma tengok notifications & luangkan masa komen status atau gambar kawan2..

Benda ketiga yang aku bukak ialah Twitter ataupun geng IT Crowd panggil Chitter.. Lepas bukak Twitter ape jadi? 90% jari di keyboard hanya untuk meluangkan masa di Twitter.. Bukak tab Facebook sekali sekala je & buat benda sama iaitu komen, komen & komen.. Chat? Kalau aku rajin aku online chat.. Hu3.. Aku adalah pengguna Twitter yang amat tegar.. Ha3..

Inilah pencipta Twitter.. Handsome dari Mark Zuckerberg kan? Ha3..

Jack Dorsey
Evan Williams
Biz Stone

Seperti Facebook, Twitter juga ada tujuannya.. Tujuan Facebook adalah untuk senantiasa berhubung ataupun 'stay connected' kecuali kalau internet tak ada.. Tujuan Twitter adalah untuk memberitahu & berkongsi dengan followers apa yang kita sedang lakukan.. Merepek kan? Merepek lah yang buatkan ramai Malaysian dah lepak Twitter.. Nak tahu lebih lanjut? Jom tengok video dulu ye.. Video dalam English.. Faham2 la ye.. Hu3..

Monday, January 17, 2011

[Tutorial] Jadikan Pendrive Anda Lebih Ceria

Hello :D

Pendrive Ubuntu :D
 
Kali ni buat tutorial pulak.. Saja2 nak kongsi apa yang aku lakukan..hu3

Korang ada pendrive tak? Aku rasa setiap orang mesti ada pendrive walaupun hanya 1GB.. Tapi zaman sekarang, orang kaya pakai external hard disk je kan.. Walau bagaimanapun, pendrive juga amat berguna..

Banyak kelebihan pendrive;
  • Ia kecil dah mudah dibawa tapi akibat kecil sangat, ia senang hilang kan?
  • Boleh letak macam2 kan tapi jangan salah gunakannya..
  • Boleh buat Ubuntu USB Live :D
  • Harga sekarang dah murah.. 8GB RM50
Okay.. Dah lari tajuk sikit..

Nak buat pendrive lebih ceria? Ceria macam mana? Letak background? Aku tak minat letak background sebab akan menyebabkan pendrive yang lembap akan bertambah lembap.. Apa yang aku maksudkan ialah icon pendrive..


Ceria tak?

Atau ini ceria?hu3

Nak buat tak?hu3.. Meh saya nak tunjukkan.. Senang saje bun..

Tuesday, January 11, 2011

Handphone Fair & Selipar Jatuh Tengah Jalan Raya!

Hello! :D


Hari Ahad lepas (9 Januari 2011), abang aku cakap ada Handphone Fair kat Menara Condong, Teluk Intan.. Dah memang rancang dah nak pergi.. Naik moto kejap je rumah aku dengan Teluk Intan.. Dalam 30 minit kalau bawak moto 50 - 60 km/h..

Saje lah nak tengok2 handphone.. Ada niat nak beli baru.. Kalau boleh nak yang support WiFi & QWERTY keypad sebab senang nak taip2 lebih2 lagi kalau tengah tweet2.. Kan?hu3.. Kalau boleh nak Sony Ericsson sebab aku suka kamera dia.. Gambar cantik.. Nokia banyak yang QWERTY keypad tapi gambar kurang memuaskan tapi boleh tahan la sebab tak ada autofocus.. Tu je.. Kalau Nokia nak beli Nokia C3.. Hu3..

Pagi tu aku dah siap2, panas enjin moto, terus blah ke Teluk Intan.. Dalam kepala dah fikir macam2 handphone.. Hak3..

Sampai2 Menara Condong --- Aku tengok lengang je macam gambar kat atas.. Kosong je.. T_T
Aku pergi la ronda2.. Tak nampak pon banner ke hape ke ada Handphone Fair.. Dengan hampa tak dapat survey handphone depan mata, aku pulang ke rumah.. Hu3 T_T

On the way balik rumah, selipar aku terlucut! Tersangkut kat gear pastu terus jatuh.. Dah la kat lorong moto lalu.. Jalan kecik.. Tak kan nak berhenti tiba2.. Aku pon terus je la.. Pastu ada abang tu potong aku die tengok kaki aku tak berselipar.. Malu weh.. Hak3..

Dah separuh jalan nak sampai rumah, dah fikir masak2, baik aku ambik balik.. Aku beranikan diri walaupun segan + malu pilu sudu garfu.. Hu3.. Aku pon patah balik.. Aku berhenti tepi jalan.. Tengok line clear ke tak.. Kalau clear boleh la terus ambik.. Tak ganggu traffic.. Hu3..